The Extinction Parade Volume 1-12 karya Max Brooks

Kenali Penulisnya : Max Brooks

Kebanyakan karya Max Brooks bertemakan kebangkitan zombie, di mana buku pertamanya The Zombie Survival Guide merupakan perintis kepada subkultur zombie apocalypse, diikuti dengan novel berjudul Recorded Attacks yang tercatat dalam senarai New York Times Bestseller.

Recorded Attacks

Max Brooks kemudiannya terus menerbitkan novel dan juga menjadi penulis komik dengan tema berunsurkan zombie. Antara buku, komik dan novel grafiknya termasuklah World War Z: An Oral History Of The Zombie War, The New Dead, Everything You Ever Wanted to Know About Zombies, The Harlem Hellfighster dan siri novel grafik The Extinction Parade, dengan setting Malaysia.

The Extinction Parade
 memaparkan MyKad, Menara Berkembar Petronas, Plaza Sungei Wang, polis dan askar Malaysia, zombi bertudung serta menggunakan ayat-ayat Bahasa Malaysia seperti “had laju kebangsaan” dan lain-lain.

Zombi-zombi yang dilukis kelihatan gerun dan menakutkan. Namun begitu, novel ini bukanlah hanya berkisarkan zombi semata-mata bahkan turut memaparkan vampire.

Dua watak utama novel grafik ini adalah dua beradik vampire, Laila dan Min yang berhijrah dari Singapura ke Malaysia di mana mereka boleh mendapat lebih kebebasan membunuh manusia tanpa dikesan.

Apabila virus zombi sampai ke Malaysia, Laila dan Min pada mulanya menganggap perkara ini sebagai satu anugerah dan kesenangan buat mereka kerana zombi-zombi yang mula memakan manusia ini secara tidak langsung menutup perbuatan keji mereka yang kini lebih senang memburu dan membunuh manusia tanpa diketahui masyarakat.

Namun tanpa mereka sedari, zombi ini juga secara tidak langsung menghadkan sumber makanan mereka dan akhirnya Laila dan Min terpaksa bertarung dengan zombi-zombi itu untuk kekal hidup.

Dalam satu temubual bersama Adventures in Poor Taste, Max Brooks berkata beliau memilih Malaysia sebagai setting novel grafik The Extinction Parade kerana memerlukan lokasi yang melalui perubahan pesat dalam masa singkat.

Katanya, “Saya memerlukan tempat yang telah melalui perubahan pesat dalam masa yang agak singkat. Kerana vampire bersifat abadi, mereka pada dasarnya adalah bangsa yang statik. Mereka tidak berubah dan mereka sentiasa kagum dengan perubahan pesat mangsa mereka.”

The Extinction Parade : Signal Terbaru Freemason Secara Besar-besaran?

Sinopsis:

Sejak zaman berzaman telah ada wujudnya satu puak bergigi taring penghisap darah yang datangnya dari satu peradaban yang masyhur di timur tengah (Mesir Kuno) ketika itu. Akibat mereka melampui batas, mereka lupa akan janji yang di amanahkan mentadbir peradaban manusia.

Atas keegoan mereka punya kelebihan segalanya yang tidak ada kelebihan ini pada golongan manusia. Malah mereka menjadi kan manusia itu sebagai hamba abdi semata-mata.

(Dunia Moden) Dunia kini semakin hari semakin dasyat perubahannya, mereka (Puak Vampire) tidak punya pilihan lain melainkan bersembunyi dengan pelbagai penyamaran dan di pantau oleh satu keturunan hamba sejak zaman berzaman di gelar sebagai [Major Domo] demi menjaga sumber asasi mereka ekoran kebijaksanaan manusia kini mentadbir alam.

(Hamba rasa macam hidden hand sahaja majordomo lion ni)

MAJOR DOMO
Wikipedia : Majordomo is a person who speaks, makes arrangements, or takes charge for another. Typically, the term refers to the highest (major) person of a household (domūs or domicile) staff, a head servant who acts on behalf of the owner of a large or significant residence.)

Maka bermulanya kisah:
Di satu penempatan di hujung timur di mana terdapat wabak yang mengoncangkan dunia sehingga berlakunya pertumpahan darah yang pemula dari penyakit (virus) datang dari utara perlis menerusi serangan zomba yang menganas dari dua arah (indo-china dan sarawak).

Ekoran ini juga, kesemua penempatan di seluruh dunia telah ranap akibat penyakit zomba yang tersebar luas dan tidak dikenal pasti asbab musabab bermulanya kewujudan penyakit ini berlaku.

Dua beradik wanita (Vampire) yang telah sedar akan peranannya menyelamatkan spesis manusia dari serangan zomba terus menerus demi menjaga bekalan utama (darah manusia) mereka.
Dimana pabila peradaban manusia itu pupus maka peradaban puak mereka jua turut terhapus.

Demi menyelamatkan peradaban manusia, dua beradik ini nekad berhadapan golongan zomba yang semakin hari semakin mengila. Asbab dari kesungguhan mereka telahpun menjadi inspirasi kepada puak-puak (vampire) mereka yang lain demi melangsungkan hidup dengan membasmi golongan bedebah zomba ini.

(Dalam sumber komik, from penisular malaysia start the wars)

Berlangsunglah dua beradik ini berlawan dengan zomba menggunakan tangan kosong. Kesan dari tindakan mereka itu malah berlaku kesan sampingan yang lain kerana kelebihan mereka menjadi lemah ekoran darah zomba yang terpalit pada mereka. Dengan ini mereka buntu melangsungkan perlawanan seterusnya kerana memerlukan darah manusia yang lebih.

Setelah lama bertarung, mereka di datangi satu puak yang pelbagai kaum (asimilasi kaum- Melayu Cina Jawa dll) dengan memakai senjata tajam seperti pedang, keris, parang dan lain-lain. Tapi mereka berhadapan masalah yang lain, dimana kekerapan senjata di gunakan semakin hilang fungsi senjata itu (rosak, tumpul, patah).

(Ada satu scene, pendekar vampire melayu kata “pukimak” bila keris dia patah. maaf bulan puasa)

Jadi mereka punyai rencana lain untuk demi mendapatkan senjata, maka mereka segera ke muzium. Pada masa yang sama, mereka didatangi oleh puak bersenjata berhujankan berapi (senjata api). Ironinya senjata ini mudah hilang fungsinya (peluru dah habis).

Pada masa yang sama jua, Tokoh penghisap darah (Vampire dari British) datang membantu. Akibat keterujaan melampau (nak show off pada vampire2 yang lain) akhirnya senjata yang dimilikinya meletup lalu bergoncanglah anggota badan memakan diri.

(Seolah-olah nak gambarkan British ni tamak dan akhirnya ketamakan memakan diri sndiri)

Sesudah itu, datanglah satu jentera berseragam yang dinamakan sedemikian rupa (The Army of Bloodline) Maka kehadiran mereka tidak dikenal pasti kerana bersembunyi dari puak-puak penghisap darah dan lubuk sembunyi mereka tidak diketahui pula namun berada di suatu tempat di nusantara.

(Army of bloodline dikhabarkan tahu tentang berlakunya outbreak ini seperrti ala-ala ramalan akhir zaman)

Satu permaslahan yang timbul dan dihadapi oleh dua beradik ini,
Dimana pegangan utama puak jentera berseragam ini walaupun mereka lengkap segalanya, mereka memilih untuk menonton seetruanya kejadian pertembungan antara zomba sesama jentera manusia yang masih hidup.

(Kiranya masih Army ini tunggu the good sign, barulah nak keluar bertindak)

(Jika perasan, pada dada ketua Army of bloodline ada empat emblem. Logo freemason, bulan bintang, ouroboros (ular memakan ekornya sndiri) dan satu lambang tak jelas)

(Panji mereka warna hitam dan tertulis costodus sumus noctus, bermaksud kami penjaga malam / penjaga kegelapan (dari perkataan latin).

Disebabkan tidak mampu menahan sabar, dua beradik ini nekad memilih jalan lain untuk tidak bersekutu dengan pasukan jentera berseragam ini ekoran lambat bertindak balas sedangkan manusia semakin lama semakin pupus.

Oleh itu, dua beradik ini memilih (diilhamkan) dengan mengikuti pembarisan hala tuju para zomba ke destinasi yang sebenarnya dan emncari sebuah jawapan yang belum pasti kesudahannya.

(Dua beradik ini sebenarnya telah dapat satu “enlightment” yang manusia “earn” immortality menerusi evolusi kehidupan dan berjaya survive)

(Dua beradik vampire ni nak cari jawapan tu. Adakah zombie-zombie ni adalah evolusi manusia yang seterusnya)

(Dan kemana arah developement manusia sesudah itu. Dan adakah spesis vampire ini akan terhapus kerana manusia kesemuanya dah berubah jadi zombie?)

“Human mortality have ensure human immortality to survive”

Tammat. Sekian Terima Kasih

Hamba copy paste
DEWARA MARA

error: Content is protected !!