Sistem Perhambaan Baru Ciptaan Freemason

Sistem Perhambaan Baru Ciptaan Freemason

Persoalan bagaimana Firaun yang kezalimannya begitu terserlah, namun berjaya menghasilkan teknologi yang maju pada zamannya, adalah satu persoalan yang menarik. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan itu adalah sistem perhambaan. Apakah hari ini tiada sistem perhambaan yang diamalkan oleh manusia? Ya, ada. Salah satu daripadanya adalah dari aspek ekonomi.

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru.

Jika anda berurusan dengan pihak bank, anda diberi terma perjanjian. Perjanjian berdasarkan dasar yang ditawarkan oleh pihak bank, umpama ayat berikut;

“Sudikah anda menjadi hamba kami selama anda berhutang dengan kami?”

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA.).

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000

Inilah sistem ciptaan Dajjal untuk memperhambakan umat manusia.

Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Logo Bank Negara Malaysia adalah simbol Iluminati. Mengapa? Kerana bank diseluruh dunia adalah milik Rothschild. Wang kertas adalah ciptaan Iluminati yang penuh dengan lambang sihir. Realitinya, Bank Negara Malaysia adalah milik penyembah syaitan.

“Sesiapa yang menguasai bank, dia akan menguasai dunia…”

Rothschild Penyembah Syaitan

Rothschild telah mewujudkan banyak pertubuhan penyembahan syaitan seperti Freemason, Illuminati, Rotary, Lions Club, Bilderberg etc…

Lodge Freemason di Sri Petaling antara markas Freemason yang baru dibina berdekatan dengan masjid @ markas pengumpulan jemaah Tabligh.

Lahad Datu, MH370, MH17 adalah percaturan Rothschild.
Lodge2 Freemason saban hari semakin bertambah di Malaysia.

Adakah kita sudah MERDEKA??

Krisis Ekonomi Menjelang 2018

Kita akan melalui krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata2 politik tetapi ini hakikatnya.

Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga kecil dan sederhana bersiap sedialah untuk menghadapi hari2 yg sukar, mungkin lebih sukar dari tahun 1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager menjadi pemandu teksi.

Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak diuruskan dengan baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tetapi belanja sehari RM 50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup. Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.

Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1 juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah seperti ada kawalan dari pihak tertentu…wallahuallam.

Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg banyak sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata pada 2017…Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sebab negara kita terlalu dasyat korupsinya. Pemimpin sudah sebati dengan rasuah demi untuk kekal memerintah. Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah…tiada keupayaan kita.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan, atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak. Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan tersebut juga akan disekat.

Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah. Harga2 rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.

Bagi adik2 lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus menyambung pengajian ‘Master’ atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat2 terbabit sibuk utk membuang pekerjanya.

Selamat mengharungi hari2 yg sukar ini. Hikmahnya tentu ada…tentu ramai2 yg akan sujud memohon kpd Allah…Alhamdulillah.

Sepertimana yg kita tahu Ringgit Malaysia semakin jatuh menjunam, dan dijangka akan jatuh lebih teruk tidak lama lagi.

#Pray4Malaysia

Hanya satu perkara yg Dajjal & Rothschild paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt.

Sama2 kita berdoa supaya umat Islam dapat bersatu untuk bersama menentang kejahatan yang akan menimpa kita InsyaAllah..

Rothschild Wujudkan Bank Selepas Mengkaji Surah Al Baqarah

Surah Al – Baqarah antara kajian Dajjal & Rothschild paling berjaya, iaitu untuk mencipta kekayaan melalui RIBA sekaligus dapat menyesatkan umat Islam.

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

– Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

– Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

Permainan Dajjal – Ustaz Auni Mohamed