Siapakah Luka’ (لكع) Bin Luka’ yang Berkuasa di Akhir Zaman?

Siapakah Luka’ (لكع) Bin Luka’ yang Berkuasa di Akhir Zaman?

Luka’ bin Luka’ adalah satu watak yang disebut dalam hadith Nabi saw :

لا تقوم الساعة حتى يكون أسعد الناس الدنيا لكع بن لكع

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga (berlaku) manusia yang paling bahagia (kerana diberikan tempat dan dimuliakan) adalah Luka’ bin Luka’”.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At Tirmizi dan dinilai hasan oleh Al Baihaqi.

Siapakah Luka’ bin Luka’

Siapakah sebenarnya Luka’ yang disebut dalam hadith ini?

Para Ulama yang mensyarahkan hadith menyebut bahawa Luka’ bin Luka’ itu ialah :

1. Pada asalnya digunakan untuk hamba dan juga untuk lambang “kedunguan dan kehinaan”.

2. Luka’ ialah “orang biasa” yang tak punya malakah ilmiah yang mengurus urusan manusia atas title ahli ilmu.

3. Luka’ adalah اصاغر ‘orang kecil’ dalam bidang ilmu tetapi cuba menonjolkan diri sebagai ulama.

4. Luka’ juga dirujuk kepada الرويبضة (ar Ruwaibidhoh) yang ditakrifkan oleh Nabi sebagai ‘orang biasa yang tak punya ilmu yang cukup tetapi bercakap (dan menguruskan) urusan awam (yang memerlukan kelayakan Ilmu).
(Rujukan asas : syarh sunnah شرح السنة karya Al Baghawi).

Siapakah Luka’ (لكع) Bin Luka’ yang Berkuasa di Akhir Zaman?

Mempertikaikan Luka’ (ulaRmak dan orang penting/penguasa) bukan bererti mempertikaikan Ulama dan Pemimpin.

Setiap orang ada medannya sebagai ‘pendakwah’ kerana dakwah adalah tugas ummah, tersilap memposisikan diri menyebabkan kita terjerumus sebagai لكع بن لكع.

Lihatlah di sekeliling kita. Adakah kita sedang ditadbir oleh golongan ini?

error: Content is protected !!