Permulaan Kejatuhan Uthmaniyah Adalah Pinjaman Bank

Permulaan Kejatuhan Uthmaniyah Adalah Pinjaman Bank

1 views

Permulaan Kejatuhan Uthmaniyah Adalah Pinjaman BankKetika 99 peratus bank di seluruh Eropah dikuasai oleh ahli-ahli keluarga Rothschild, khalifah islam dari kerajaan Turki Uthmaniyah membuat kesilapan besar dengan melakukan pinjaman wang dari bank-bank Eropah. Pinjaman ini dibuat atas alasan pembangunan negara dan menampung kos-kos ketenteraan.

Dalam buku HISTORIC CITIES OF THE ISLAMIC WORLD, karangan Clifford Edmond (2007) menyebut bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjalinkan hubungan kewangan dengan salah satu keluarga elit Yahudi dalam urusan perbankan, iaitu keluarga Alvaro Mendez dari Sepanyol. Bank kepunyaan Mendes menaja banyak projek kerajaan Uthmaniyah sejak 1588.

Seorang pensyarah Turki, Edhem Eldem dari Universiti Bogazici menyebut bahawa idea memodenkan empayar Turki melalui empayar pinjaman kewangan datang dari desakan Gerakan Tanzimat pimpinan Mustapa Rashid Pasha, Ali Pasha, Fuad Pasha, Ahmet Pasha dan Midhat Pasha. Kesemua mereka dipercayai ahli birokrat yg berpendidikan Inggeris.

Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana dalam sebuah hadis sahih, Jabir melaporkan bahawa: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama”. (Muslim).

“Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggal sisa-sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (al-Baqarah, 2: 278-279).

Jika mana-mana kerajaan islam yang buat sama macam kerajaan Uthmaniah ini,hubungan ekonomi dengan yahudi ,sistem riba berleluasa dan menjadika yahudi sebagai penasihat ekonomi maka tunggulah saat kehancurannya.

Sejarah Kerajaan Turki Othmaniah | Ustaz Auni Mohamad