Maksud Nombor 786 di Kedai Mamak

Dalam saya melayari forum di internet baru-baru ini,saya dapati sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim).

ASAL USUL ANGKA 786

Perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad,iaitu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut.

Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA,ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1]

Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ianya sesat lagi menyesatkan.

Menurut laman tersebut, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.(to avoid writing the name of Allah or the Qur’anic ayah on ordinary papers.)

RASULULLAH TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN ANGKA 786 MENGGANTIKAN BISMILLAH

Rasulullah SAW tidak pernah menggantikan kalimah Bismallah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf.

Dakwaan yang mengatakan kalimah tersebut diganti bertujuan untuk memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas,disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal.

Jika ianya benar,mengapa Rasulullah SAW satu ketika dahulu masih mengutus surat yang mengandungi ayat Al- Quran kepada Heraclius.[2]
Tidakkah Baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada mereka yang bukan Muslim?.

Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tidak lebih dari itu.
Allah swt atau Nabi SAW mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas,jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri.

Usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menghubungkannya dengan nombor tiadalah manfaatnya melainkan membazir masa.
Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini”. [6]

FATWA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.

Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk di dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu,tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]

KESIMPULAN

Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih.
Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pengkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya.

Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam.

Allahua’lam.

[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number “786” Substitute for the Basmallah? url :http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709

[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).

[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa’ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu’ al-Fatawa (3/58).

[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A’isyah (r.h).

[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.

[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url :http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=259&dgn=3

[7] Fatwa Negeri Johor Darul Takzim http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=410

[2] Rujuk surat baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6.

Bismillah 786 satu penjelasan-Ustaz Muhammad Fawwaz

error: Content is protected !!