Kepentingan Ilmu Fitan dan Eskatologi Islam

Kepentingan Ilmu Fitan dan Eskatologi Islam
Subjek yang kita discuss adalah berkait dengan ilmu Fitan & Eskatologi. Eskatologi mungkin agak baru dan asing dari kefahaman masyarakat hari ini. Fitan & Eskatologi adalah ilmu Akhir Zaman dan ilmu strategi perang.

Boleh kata Eskatologi adalah Juzu’ baru bagi mereka dan mereka perlukan masa utk menghadam info-info yang kita bincangkan disini.

Disiplin Eskatologi adalah memadankan event-event yang berlaku dengan surah Quran & Hadith2 akhir zaman.

Ia memerlukan kepekaan tinggi dan kefahaman terhadap murad Hadith-hadith tersebut. Ia agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yg mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran membuatkan mereka agak ketinggalan dalam aspek Askatalogi, itu yang kita nampak hari ini.

Apa yang kita bincangkan adalah ilmu akhir zaman dalam menemukan kebijakan internal Ilahiah manusia, dengan berbagi ilmu dan informasi kebenaran dalam menjalani dunia Akhir Zaman yang berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Eskatologi Islam, Insyaallah.

Pengasas bidang ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-Ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan ahli Sufi.

Kini ilmu yg semakin ‘hilang’ ini diteruskan oleh Sheikh Maulama Imran Nazar Hosein secara meluas dgn menggabungkan KAJIAN, FAKTA, dan BUKTI dari aspek AGAMA, POLITIK, KEWANGAN, SAINS, EKONOMI, SEJARAH peradaban manusia, dan lain-lain, beserta dgn interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al Quran dan As Sunnah (hadith)

Freemason : Realiti atau Paranoid?

lluminati, Freemason & Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis & ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains & semasa yang menyokong.

Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis & fitnah samada di peringkat global, negara dan individu.

Petanda-petanda kemunculan Dajjal & kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah SAW sebagai peringatan & persediaan buat umat akhir zaman.

Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Bagaimana hal Dajjal, Freemason & Imam Mahdi boleh dijadikan dakwah ??

PERTAMA : Kerana ianya adalah pesanan dari hadis Rasulullah saw.
KEDUA : Relevan dengan isu semasa akhir zaman.
KETIGA : Berkait dengan peristiwa tanda-tanda Kiamat.

TUJUAN : Menarik seberapa ramai orang kepada Islam & Iman, dan untuk kesedaran umat Islam. 

Kesimpulan

Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yg menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah.

Melalui ilmu fitan kita dapat melihat benang2 halus yg selama ini disorokkan oleh ‘mereka’ dari diketahui oleh masyarat dunia.

Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

error: Content is protected !!