Kenapa Illuminati Sambut Hari Krismas ?

Kenapa Illuminati Sambut Hari Krismas ?

1 views

Kenapa Illuminati Sambut Hari Krismas ?Lihatlah pokok krismas yg bergemerlapan dan sambutan yg penuh meriah.  Sila perhatikan di puncak pokok tersebut, apa yg anda dapat lihat? Ya, Matahari yang bersinar / Illuminate.

Adakah pokok krismas itu digunakan utk memperingati Hari Lahir Yesus, atau adakah ianya utk memperingati pokok Evergreen yg tumbuh setelah kematian Namrud / Nimrod dan menjadi pujaan isteri merangkap ibunya iaitu Semiramis dan digunakan utk memperingatinya dari dulu hingga kini?

Simbol matahari bersinar / illuminate di puncak pokok krismas. Maka tidak hairanlah jika Illuminati juga menyambut KRISMAS, kerana walaupun jika ada mereka mengatakan bahawa Jesus yg diingati, sebenarnya bukan Jesus yg diperingati oleh mereka, tetapi Namrud.

Di setiap musim Krismas akan kedengaran lagu-lagu atau hymne: “Silent Night” atau “Holy Night” yang sangat akrab dengan tema pemujaan terhadap Ibu dan Anak, iaitu Semiramis & Namrud.

Semiramis & Namrud

Upacara ini berasal dari cara2 pemujaan yg dikenali sbg “Chaldean Mysteries” (Misteri Kaldea) berasal dari ajaran Semiramis, isteri Nimrod yg juga Ibu Nimrod.

Kemudian adat ini dilestarikan oleh para penyembah berhala secara turun-temurun hingga skrg dgn wajah baru yg disebut Kristian.

Biasanya matahari menghilangkan diri hingga sampai 25 Disember, oleh itu orang2 Pagan merayakan “Hari Kelahiran Kembali” tuhan matahari mereka. Serentak itu pula pokok2 daun tirus dijadikan simbul persembahan kepada tuhan mereka.

Apabila matinya raja Namrud, mereka diajar pula bahawa roh Namrud akan datang semula pada tiap-tiap 25 Disember sebagai “Santa Claus” utk meletakkan hadiah2 diatas pokok tirus itu. Panggilan Santa ini sebenarnya adalah nama kepada “tuhan wira’

Krismas dan Paskah adalah hari cuti Pagan.

Krismas dan Kaitannya dengan Namrud & Semiramis

Krismas dan Kaitannya dengan Namrud & Semiramis

Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal sebagai seorang raja yg mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s.

Dan Namrud lah org yg cuba utk membakar hidup2 Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al Quran.Surah Al baqarah : Ayat 258

Namrud mengahwini ibu kandungnya sendiri yg bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yg merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati.

Dia membuktikan ajarannya dgn adanya pohon Evergreen yg tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yg ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yg sudah mati.

Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yg digantungkan di ranting2 pohon itu.

25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yg dirayakan oleh orang2 Kristian pada Hari Krismas.

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.

Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yg bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yg berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sbg Horus).

Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dgn Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius.

Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Patung Statue of Liberty Adalah Ibu Namrud

Patung Statue of Liberty Adalah Ibu Namrud

Patung Statue of Liberty merupakan lambang kepada Semiramis yg membawa obor cahaya, kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yg sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.

Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yg mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yg dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

25 Disember adalah Tarikh Kelahiran Namrud

25 Disember adalah Tarikh Kelahiran Namrud

Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa Matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno.

Oleh sbb agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi mnjadi perayaan Krismas kerana pemuka2 agama Kristian ingin menjaga hati org2 Romawi yang baru menerima agama tersebut.

Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yg perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik. Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:

“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”4

Krismas, hari “Misa Kristus” — Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan utk selamanya pada hari perayaan Rom kuno utk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) — Di kalangan puak2 Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sbg tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yg terbakar (Mahatari).

Sambutan hari Krismas bukanlah berasal dari ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno.

Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s,
melainkan berupa lanjutan dari amalan paganisma sejak 2000 tahun sebelum kelahirannya.

Nabi Isa tidak lahir 2008 tahun yg lalu sebagaimana yg dipercayai umum, tetapi pada tahun 4 sebelum masehi diawal musim buah, bukannya di musim dingin. Selain dari itu hari dan bulan tidak ada siapa yg dpt menentukannya kecuali Allah SWT..

Keturunan Namrud Hingga Kini

Keturunan Namrud Hingga Kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yg berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).

Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga2 mereka dahulu.

Obelisk di Vatican City

Obelisk

Obelisk juga simbol kpd tuhan matahari iaitu Amon Re/ Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yg disembah oleh org2 Mesir Kuno?

Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yg telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikannya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan Matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.

Illuminati Ubah Kandungan Bible

Illuminati Ubah Kandungan Bible

Bekas tentera US yg telah memeluk Islam (Jerry D Gray) mendedahkan bahawa Illuminati mengubah isi kandungan kitab Bible setiap dua tahun sekali. Rahsia ini didedahkan dlm bukunya bertajuk The Final Chapter. Kebenaran ini juga diakui oleh dua orang bekas paderi Vatican iaitu Malachi Martin dan Alberto Rivera.

Malachi Martin mendedahkan rahsia Gereja Syaitan Vatican ini di dalam bukunya yang bertajuk Windswept House. Manakala Alberto Rivera mendedahkan di dalam bukunya yg bertajuk The Society Of Jesus and the Betrayal of the Roman Catholic Church.

Pope Vatican Hina Islam

Pope Benedict XVI pernah memberi syarahan yg menimbulkan kemarahan umat Islam pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata-katanya yang begitu sensitif berbunyi;

“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”

“Tunjukkan padaku apa yg dibawa oleh Muhammad suatu yg baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yg diajarnya“.

Between Dark And Light | Ustaz Auni Mohamad

https://www.youtube.com/watch?v=lz-rnwylGQw

Gallery for Kenapa Illuminati Sambut Hari Krismas ?