Dasar One Israel dan Dasar One Malaysia

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Ini adalah memeranjatkan kerana apa yang dilakukan oleh Malaysia nampak macam sentiasa berkebetulan pulak dengan Israel. Malah dari segi konsep, perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999.

Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999.

Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharapkan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak dapat bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Dikatakan… inilah syarikat dan orang yang telah dilantik bagi menjayakan Dasar One Malaysia.

Ya… yahudi bernama Paul Stadlen ini serta syarikatnya APCO dikatakan telah dilantik dan ditugaskan menerajui Dasar One Malaysia.

Kesimpulan

Seolah-olah ada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep sebegini.

Sama ada ia satu kebetulan atau tidak adalah terserah kepada penelitian masing-masing. Mungkin juga konsep One Malaysia dan One Israel adalah sebagai satu kebetulan sahaja.

Atau, mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan banyak lagi dasar yang berciri-cirikan kebetulan macam ini… hmmm ntah ler.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita amat mengharapkan supaya tiada unsur-unsur pengaruh luar (seperti Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat.

Allahu’alam… zulsegamat.wordpress.com

error: Content is protected !!