Benarkah Simbol “Eye of Horus” Adalah Keratan Rentas Bahagian Otak Manusia

Apa yang ingin diperkatakan ini adalah berkenaan lakaran ‘Eye Of Horus’ yang sangat ‘ditakuti’ oleh orang ramai kerana dikatakan berkait rapat dengan Freemason, Illuminati dan Satanic Occultism. Betulkah begini?

Sebenarnya, ia tidak lain dan tidak bukan adalah keratan rentas bahagian otak kita.

Eyes of Horus ini sering juga dipanggil sebagai ‘All Seeing Eye’ yang dikaitkan dengan ketuhanan oleh masyarakat kuno Mesir. Tetapi masyarakat kini melihat dan mengaitkannya pula dengan dewa HORUS.

Harus kita ingat, segala macam perihal dewa dewi dan hal penciptaan ini sebenarnya adalah suatu simbolik kepada suatu perkara nyata. Kita hidup di dunia nyata dan kita bersaksi dengan kenyataan. Maka, sesuatu yang abstrak itu masih boleh diterangkan walaupun ia dalam keadaan teori.

Kembali semula kepada perihal Eyes Of Horus… keratan rentas otak menunjukkan BEBOLA MATA HORUS mengenai posisi THALAMUS.

Benarkah Simbol Eye of Horus Adalah Keratan Rentas Bahagian Otak Manusia

Apa itu Thalamus?

Thalamus merupakan bahagian yang mengawal tahap kesedaran dan pengamatan. Pendek kata, Thalamus adalah ‘Third Eye’.

Ekor yang berlengkar di lakaran Eyes Of Horus itu pula merujuk pada MEDULA OBLOGATA yang mana ia mengawal aktiviti-aktiviti motor di luar sedar kita.

Apa itu Thalamus

Ekor ke bawah di lakaran itu pula merujuk pada tempat PINEAL GLAND yang mengawal tahap ‘tindak balas pada cahaya dan kesedaran’. Ini adalah titik spiritual kita. Semua ini terletak di tengah-tengah otak kita.

Eye of Horus ini adalah simbolik tentang penyembuhan, kestabilan, keselamatan dan kewarasan.

EYE OF HORUS DARI SUDUT KAEDAH SUFISME

Jika di kaitkan dengan kaedah sufisme, para salik diajar tentang nafas-ampas-tanafas-nufus.

Nafas kedudukannya di mulut. Ampas pula di hidung, membawa ke bahagian perut dan kerana itulah kita menyaksikan naik turunnya dada.

Tanafas pula di kawasan tengah otak, bahagian yang sedang kita terokai di dalam artikel ini.

Ia berkaitan dengan deria rasa, hubungan ke hati-jantung. Ia juga menjadikan benda hidup itu hidup.

Nufus pula di titik di jantung. Di sinilah operasi udara-darah itu berlangsung dan ia di namakan NADI.

THE BOOK OF DEAD (PAPYRUS OF ANI) TAMADUN MESIR

Ada yang memberitahu saya, the Book of Dead oleh ketamadunan Mesir itu sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah mengenai ‘bagaimana benda hidup itu hidup’.

Kalau minat ada dua tiga artikel dalam blog zulsegamat.wordpress.com ini yang menerangkan sedikit sebanyak tentang the Book of the Dead (Papyrus of Ani).

Secara logikalnya, boleh kita katakan bahawa,”Eye of Horus” ini adalah simbolik kepada TANAFAS yang mana, tanpa deria, spiritual dan kejiwaaan… manusia itu tidak menjadi manusia.

Ia mungkin menjadi zombie atau sebuah robot semata-mata. Dan elemen itulah semakin hari semakin kurang kini.

Ketakutan kepada ingin memahami kehidupan atas alasan ‘mencabar tuhan’ itu adalah suatu yang tidak berasas.

Tuhan itu tetap pada kedudukannya dan tidak akan tersentuh oleh apa-apa pun. Kehidupan ini dikurniakan kepada kita untuk dikagumi, dipelajari dan difikirkan.

Demikianlah dikhabarkan bahawa ISLAM itu bersifat menyeluruh, dan marilah kita menjadi umat Islam yang berfikiran luas dalam memahami isi alam dan seterusnya memuja serta memuji Sang Pencipta.

KESIMPULAN

Tahukah kita bahawa otak kita berubah bentuk neuronnya bila kita mempelajari sesuatu atau melupakan sesuatu.

Ilmu itu di luar dan kita adalah sebuah SPAN yang meresap ‘ilmu’ di sana sini.

Dek kerana itulah telah termaktub akan ayat ‘tidak cukup tinta untuk di tulis mengenai ilmu ALLAH’… Cukup luas.

Tapi, kita sendiri sentiasa pula menjadi musuh kepada benda yang kita tidak tahu dan sentiasa menjadi batu penghalang kepada diri sendiri untuk mempelajari ilmu yang telah diberikan.

Ini adalah salah satu dari ribuan simbol yang di ‘code’ kan dari pelbagai jenis keilmuan. Banyak perkara di dunia ini telah disimbolikkan dengan grafik, lukisan, simbol dan yang sewaktu dengannya kerana sukarnya untuk meluahkan sesuatu yang abstrak dan jauh dari pengetahuan umum dengan kata-kata.

Dan inilah yang dinamakan sebagai sektor ‘Eye of Horus’.

Biasa tengok simbol pineal gland ini diagungkan oleh golongan tertentu? zulsegamat

The Eye of Horus – Mystical Light of the Soul

error: Content is protected !!