Apa itu Obelisk dan Fungsinya Serta Kaitan Obelisk dengan Syaitan

Pernahkan anda mendengar tentang “Obelisk” ? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari“Sun Pillar”. 

 Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “Obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat: 

 Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih

 (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama “Pagan” ? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi Obelisk Asal Dari Zaman Firaun

Dikatakan mungkin terdapat 28 lokasi dimana terletaknya obelisk yang mungkin berasal dari zaman firaun lagi.

Mesir (8 buah) 
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple Pharaoh Hatshepsut, 
Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo 
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum 
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m 
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m 
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m 

Perancis (1 buah) 
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris 

Israel (1 buah) 
Caesarea obelisk 

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City) 
8 di Rome 
Piazza del Duomo, Catania (Sicily) 
Boboli Gardens (Florence) 
Urbino 

Poland (1 buah) 
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin) 

Turki (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul 

United Kingdom (4 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London 
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham 
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset 
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York 

Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York 

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web “Malaysia Travel Guide” ; 

This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history. 

Sabda Rasullulah:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). Hadis Riwayat Abu Daud

Bentuk Tugu Jamratul Tempat Melontar Ketika Haji diubah

Pemerintah Saudi (sebelum Raja Salman) telah merubah bentuk tugu Jamratul (yang menyerupai Obelisk) dengan bentuk yang jauh dari rupa Obelisk, atas tujuan apa??

Pengkaji2 ilmu fitan pasti tahu jawapannya, dan faham siapa sebenarnya keturunan Saud.

beza tugu tiang jamratul melontar

Kenapa Perlu Lontar Jamrah? Apakah Simboliknya?

Tiga Jamrah

Al-Jamrah bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
  1. Al-Jamratul Sughra (kecil) / Ula (pertama)
  2. Al-Jamratul Wusta (sederhana) / Thani (kedua)
  3. Al-Jamratul Kubra (besar) / Uqba (terakhir).

Melontar

  1. Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu dengan tujuh biji batu.
  2. Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  3. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
  4. Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Syarat-Syarat Melontar

  1. Niat melontar jamrah tidak tersasar daripada tujuan sebenar.
  2. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.
  3. Hendaklah melontar dengan menggunakan batu atau jenis-jenisnya.
  4. Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin.
  5. Hendaklah melontar dengan gaya merejam, bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang.
  6. Hendaklah melontar dengan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut.
  7. Hendaklah melontar dengan tertib turutan, dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah.
  8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
  9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri.

sumber : zulsegamat.wordpress.com

Tazkirah Ramadhan Ustaz Shamsuri Terbaru ~ Kenapa 21 Biji Batu Diperlukan Semasa Melontar Jamrah

 

error: Content is protected !!