Agenda Rockefeller Mengawal Minda Manusia

Agenda Rockefeller Mengawal Minda Manusia Antara peranan Rockefeller dalam bidang pendidikan ialah menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara tersembunyi.

Rockefeller menyediakan sumber dana kepada universiti-universiti untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union Theological Seminary yang membincangkan unsur-unsur logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.

‘MIND CONTROL” Oleh Media Yahudi'MIND CONTROL'' Oleh Media Yahudi

Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah “Dalam Al Quran tak sebut pun?”.

Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab Al Quran tidak menjelaskan kaedah solat, bacaan dan lain-lain. Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah. Jika sudah menolak Rasullullah bermaksud sudah tidak beriman kerana ianya melanggar salah satu rukun iman iaitu kepercayaan kepada rasul & nabi.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.

Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas! Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?

Mengapa mereka bertindak sebaliknya? Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.

Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa. Orang-orang Islam yg tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula. Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.

Mereka pasti jijik melihat orang Islam menjilat jari selepas makan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi tahukah mereka bahawa di hujung jari manusia terdapat satu enzim yang mempercepatkan penghadamanmakanan?

Enzim inilah yang mempercepatkan sesuatu makanan menjadi basi dan mereput (rosak,berbakteria atau berulat) akibat disentuh oleh jari kita.

Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda. Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu.

Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Belajar dari Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut, diambil selepas makan.

Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.

Petikan dari hasil kajian mereka: “Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.

Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.

Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”. (Anthony Robbins, Unlimited Power)

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup yg hippies dan tidak betul dipopularkan oleh ‘The Hidden Hand’ ke atas orang-orang Eropah,China dan hatta org Islam sendiri yang menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka “moden”,bergaya,status,’high class’ dan ‘cool’.

Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkan adab kehidupan Rasullulah lantas bersama-sama menyertai ‘goyyim’ (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.

PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI, orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi. Mereka adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.

Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah ‘expired’ kepada orang Islam antihadis yang dungu ini. Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri. MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.

Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.

Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.

Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.

Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi hamba Dajjal yg telah di’mindcontrol’ atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Kepada golongan antihadis,bacalah hadis nabi.Fahamilah sabdanya.Siapalah anda hendak mempertikaikan kata-kata Kekasih Tuhan? INGAT! ALQURAN DAN HADIS TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. Anda mesti ambil kedua-duanya.

Bahaya Makan Organ Dalaman Haiwan

BAHAYA MAKAN ORGAN DALAMAN HAIWAN

Illuminati dan Freemason sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi dan Illuminati sendiri tidak makan hati. Mereka amalkan cara pemakanan Rasulullah SAW.

Rockefeller menguasai bidang Sains dan mengawal media untuk menyebarkan fitnah dajal.

Apa itu Organ Dalaman?

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

  • Hati
  • Paru-paru
  • Perut
  • Hempedal
  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  • Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat dan dihidapi penyakit pelik2 dalam jangka masa panjang.

Yahudi Iluminati beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap dan menjadikan dunia ini sebagai syurga mereka.

Ramai dikalangan kita ingat memakan hati ayam sangat elok terutama untuk mata. Jadi sejak bertahun-tahun kita memakan organ dalaman ini tanpa mengetahui keburukan amalan ini.

Sebenarnya terdapat keburukan jika memakan organ dalaman haiwan.

Kita diajar dalam buku Biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan pihak barat) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan memakan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut barat ke nak ikut Nabi Muhammad?

Apakah Kesan Makan Hati Ayam?

hati ayamSebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran barat ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Apakah Racun yang ada dalam Hati Ayam?

Kandungan racun dalam hati:

  • Antibiotik tylosin,
  • Penisilin,
  • Oxytetracycline,
  • Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin.

Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudarat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka mata kita untuk mengamalkan pemakanan sihat dan hidupkan sunnah.

Yahudi Illuminati ingin kita berada di bawah kekuasaan mereka dengan berbagai cara. . Kini saatnya kita membuka mata dan bertanya pada hati nurani kita dengan berbagai propaganda yang mereka lakukan.

Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terhadap berita dari mereka :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6

Food Control : The Key to Genocide

Vaksin, Fluoride, panadol, kimoterapi, pil-pil dan ubat-ubatan dadah & kimia, adalah ciptaan Yahudi, mereka mewar2kan kebaikan vaksin sedangkan mereka tidak mengamalkannya. Mereka mengamalkan cara perubatan Islam melalui kitab2 yg dirampas dari ilmuwan2 Islam semasa Perang Salib.

Riba adalah ciptaan Yahudi, tetapi di Israel tiada riba.. Mereka menyimpan dinar emas..

Yahudi adalah tauke rokok terbesar di dunia, tapi mereka tak merokok, malah mereka menjauhkan diri dari perokok. Di Israel, jika anda hisap rokok di dalam rumah anda akan terus dihalau keluar.

Mereka cipta produk makanan berbahaya seperti Mcd, Coke, Maggi dll tapi mereka hanya makan makanan2 sunnah. Malah Yahudi mempunyai pasaraya sendiri yg hanya menjual makanan2 organik dan berkhasiat.

Di Amerika juga ada pasaraya besar, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka. Kita pula makan produk2 Freemason yg bertujuan utk meracun kita perlahan-lahan. Bila kita sakit, kita disuruh telan pil dadah dan kimia, juga bertujuan meracun kita perlahan2.

Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN

Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat. Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.

Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit.

Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.

Senarai Penipuan Yahudi Freemason Kepada Masyarakat

Senarai Penipuan Yahudi Freemason Kepada Masyarakat

1) Yahudi suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2) Kita diajar dalam buku Biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Yahudi Freemason) bahawa kalau nak dapat Vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta lembablah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

3) Kita diajar dalam Sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

4) Kita diajar memakan kambing adalah tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku Sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

5) Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya Coke dan Maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6) Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

7) Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni g juga yg mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki, mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

*Soya yang ‘homemade’ berkhasiat kerana telah melalui proses fermentation/penapaian

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen pada wanita. Soya juga ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Ajaran Freemason Dalam Bidang Perubatan

 

Ajaran Freemason Dalam Bidang Perubatan

Dalam kepesatan dunia moden hari ini termasuk di dunia Islam dan dunia Barat, berapa ramai yang percaya dengan kewujudan hantu, syaitan dan alam ghaib?

Jawapannya, sudah tidak ramai yang percaya dan ramai pula mempersoalkan kewujudan makhluk ghaib dengan meminta penjelasan sains moden.

MIND CONTROL:

Ramai di kalangan ‘cerdik pandai’ yang mengatakan gangguan histeria adalah disebabkan masalah tekanan perasaan walaupun mangsa histeria itu berkali-kali memberitahu bahawa dia ternampak hantu atau makhluk yang menakutkan sehingga menyebabkan dia menjerit ketakutan. Hantu juga adalah dari bangsa jin dan syaitan.

Kaedah perubatan psikologi moden cuba untuk menidakkan kewujudan makhluk ghaib dalam kes histeria dengan menggantikan ia dengan terma tekanan perasaan.

Malah, seorang pakar motivasi di Malaysia yang beragama Islam (tidak perlu sebutkan namanya) juga mengatakan ia bukan disebabkan gangguan makhluk halus, melainkan ia adalah kesan tekanan perasaan.

Sebenarnya dalam perancangan Illuminati, mereka cuba untuk membuatkan manusia tidak percaya kepada kewujudan makhluk ghaib (termasuk syaitan dan makhluk ghaib yang sama jenis dengannya). Oleh itu, mereka mewujudkan cabang ilmu baru iaitu ‘psikologi’ dan ‘psikiatri’ atau bahasa mudahnya ilmu perubatan sakit jiwa.

Maka, setiap ubatan yang dibekalkan untuk merawat pesakit jiwa (kadang kala pesakit itu tidak benar-benar gila) akan menyebabkan seseorang itu menjadi benar-benar sakit jiwa, kesan daripada ubat kimia dadah yang diberikan.

Ia adalah strategi menggilakan orang untuk menutup persepsi terhadap kepercayaan manusia terhadap kewujudan syaitan, supaya manusia tidak menentang syaitan.

Perubatan psikologi moden hanya mementingkan unsur logik dengan menolak elemen mistik, secara langsung menjerumuskan manusia ke kancah penafian terhadap alam ghaib dan kewujudan Tuhan.

Tidak mempercayai kewujudan syaitan juga akan membawa kepada kesan kepada tahap keyakinan manusia terhadap kewujudan Tuhan. Kesannya, manusia mula mempersoalkan kewujudan Tuhan.

Apabila manusia sudah tidak mempercayai kewujudan syaitan dan lebih mempercayai sains moden, maka secara automatik minda manusia berjaya dikawal dari segi jiwa. Mereka menguasai jiwa manusia, menguasai kepercayaan manusia. Nampak semua ini?

Ini bermaksud para cerdik pandai dalam sains dan psikologi juga sudah dikawal minda, tetapi dengan syarat iaitu hanya jika mereka menolak kepercayaan terhadap kewujudan syaitan yang menjerumus kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan.

Matlamat mereka ialah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama.

Malah, golongan Illuminati yang terlibat dalam bidang perubatan juga kini cuba menjadikan kaedah hipnotik (pukau) sebagai salah satu daripada sains perubatan moden. Sedangkan pukau itu adalah sihir, dan sihir itu amalan syaitan.

Kaedah hipnotik ini dikatakan mampu menenangkan fikiran pesakit (trauma) kerana ia boleh menjadikan minda kosong buat seketika.

Bahaya apabila minda menjadi kosong, kerana pada masa itulah syaitan akan cuba menguasai minda melalui saluran darah. Ia adalah strategi terancang antara syaitan dengan agenda para penyembahnya.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Terdapat mesej berguna dalam hadis Rasulallah ini, iaitu syaitan bergerak melalui saluran darah dan perjalanan syaitan menjadi sukar jika kita berlapar. Secara fitrah, manusia akan ligat berfikir ketika lapar.

Ia termasuk berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan makanan (jika tidak berpuasa), atau sentiasa mengingati Allah dan akur dengan rezeki yang ditetapkan-Nya.

Langkah mengingati Allah menandakan minda kita tidak kosong, maka syaitan sedikit sukar untuk menguasai minda kita. Jadi, motif utama hipnotis ialah untuk mengosongkan minda manusia supaya mudah dikawal.

“Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Aku”. (Quran, Al-Baqarah: 152)

Lihatlah bagaimana minda kita dikawal dari segi nafsu (kelemahan utama manusia), pemakanan, penglihatan dan jiwa kita. Janganlah kita terus menjeratkan diri dalam sistem ini, sekali minda dikawal, kita akan terus terjerat dalam sistem Dajjal.

Bebaskan minda, hiduplah dengan bebas dalam jalan lurus yang ditunjukkan Muhammad, ini kerana Islam diturunkan untuk membebaskan manusia daripada kesesatan dan kebodohan.

Dan, amalan yoga juga bertujuan untuk mengosongkan minda walaupun pada kasarnya dikatakan untuk meningkatkan koordinasi antara minda dan tubuh serta mengekalkan kesihatan dengan langkah merehatkan minda yang kosong. Yoga adalah amalan dalam agama Hindu (khurafat).

Cukuplah jika kita bersolat 5 waktu kerana khasiatnya jauh lebih baik daripada yoga.

Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terhadap berita dari mereka:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6

Pengaruh Rockefeller dalam Sistem Pendidikan Hari Ini

Ajaran Freemason Dalam Bidang Perubatan

1) Semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.

2) Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.

3)Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut.

Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M.
Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.

4)Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.

Strategi Rockefeller Dalam Ilmu Pendidikan

Rockerfeller

Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.

Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.

Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.

Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan universiti barat sebagai kiblat utama bidang mereka.

Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat, sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.

Sememangnya pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.

Ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.

Semasa perang Salib, yahudi telah menyerang kota ilmu umat Islam yg berhampiran dengan sungai furat Baghdad, Iraq yang mengorbankan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam serta berlakunya rampasan terhadap kitab-kitab umat Islam yang unggul seperti kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu perubatan, teknologi, falsafah, sains dan sebagainya.

KESIMPULAN:

Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya.

Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.

Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Freemason tanpa ia sendiri sedari.

Permainan Dajjal – Ustaz Auni Mohamed

error: Content is protected !!